|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 15 January 2012 19:57 |
|
Majlis perasmian program PROTAZ ( Profesional Ustaz & Ustazah ) peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Januari 2012. Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi ini bertempat di dewan Besar As Syafie. Ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Noruddin Ramli yakni Yang DiPertua PIBG sekolah. Program PROTAZ bermatlamat untuk menjana dan melahirkan pelajar yang berjiwa khalifah dengan menerapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang lebih signifikan dan relevan dengan cabaran semasa sekaligus membentuk keseimbangan dan memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini akan menjadikan mereka dapat membentuk generasi khairuummah yang mampu menyumbang sesuatu pada komuniti dan agama. |
|
Last Updated on Sunday, 15 January 2012 20:07 |
|
|
Selamat Datang - Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 05 January 2012 05:12 |
|
Warga SMKA Sultan Azlan Shah mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelajar yang baru mendaftar masuk tingkatan 1 seramai 118 orang pada hari Rabu 4 Januari 2012. Semoga SMKASAS dapat menjadi wadah terbaik buat anda untuk menimba ilmu dan mencapai kegemilangan di dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah! Tidak ketinggalan juga, kami mengucapkan 'Selamat Menjalani Minggu Orientasi' selama seminggu ini. Diharapkan agar minggu orientasi ini dapat memberikan 'adik bongsu' panduan dan manfaat untuk menghadapi kehidupan selama 5 tahun di SMKASAS. Pengorbanan anda berjauhan dengan keluarga bagi menuntut ilmu merupakan satu jihad bagi diri anda. Bulatkan tekad anda untuk menimba ilmu di sini dengan penuh keazaman dan ketabahan kerana di sinilah 'Insan Kamil Dilahirkan'. Insya Allah! |
|
Last Updated on Thursday, 05 January 2012 05:19 |
|
Selamat Datang Puan Noor Hasnah Bt Alang - Penolong Kanan Pentadbiran |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 05 January 2012 05:00 |
|
Selamat datang diucapkan kepada Puan Noor Hasnah Bt Alang ke SMKA Sultan Azlan Shah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran menggantikan Puan Bainah Bt Ab. Dolah yang menjadi pengetua di SMK CM Yusof Batu Gajah, Perak. Puan Noor Hasnah Bt Alang yang lebih mesra dengan panggilan 'kak cik' di kalangan guru sebelum ini merupakan Penolong Kanan di SMK Seberang Perak Kampung Gajah, Perak. Kami seluruh warga SMKASAS mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SMKASAS! |
|
Last Updated on Thursday, 05 January 2012 05:10 |
|
Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya Puan Bainah & Puan Nurullina |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 05 January 2012 04:43 |
|
Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya dari seluruh warga SMKASAS di atas jasa dan juga sumbangan Puan Bainah Bt Ab. Dolah bekas Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Nurullina Ain Lee Abdullah guru bahasa inggeris di atas jasa dan juga sumbangan kalian di dalam memartabatkan kejayaan dan kecemerlangan SMKASAS. Puan Bainah yang lebih mesra dengan panggilan 'mama' di kalangan pelajar sekolah ini telah bertukar atas kapasiti kenaikan pangkat sebagai pengetua di SMK CM Yusof Batu Gajah, Perak. Puan Nurullina bertukar ke sekolah SMK Simpang Pulai Ipoh, Perak. Banyak perkara suka duka dilalui bersama sepanjang kalian di SMKASAS. Segala ilmu yang dicurahkan, nasihat dan teladan yang baik akan kami pergunakan. Warga SMKASAS terasa akan kehilangan kalian. Semoga apa yang dicurahkan selama ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Kami, seluruh warga SMKASAS sekali lagi mengucapkan terima kasih. Selamat Maju Jaya! |
|
Last Updated on Thursday, 05 January 2012 05:00 |
|
Mesyuarat Guru Awal Tahun Sesi 2012 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 05 January 2012 04:27 |
|
Mesyuarat guru awal tahun bagi menghadapi sesi 2012 telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa 27 Disember 2011 dan juga Rabu 28 Disember 2011 bertempat di Bilik Gerakan SMKASAS. Mesyuarat yang berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang ini membincangkan berkenaan takwim tahunan persekolahan, aspek kurikulum, kokurikulum dan perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Naemah Bt Ramli selaku pengetua yang mana telah menyuntik semangat para guru sebagai penggerak kecemerlangan pelajar bagi meletakkan SMKASAS di tempat yang unggul selaras dengan taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik yang telah dianugerahkan kepada SMKASAS pada Mei 2009. Seterusnya, guru ditekankan tentang perlaksanaan ke arah pencapaian Visi dan juga Misi sekolah ke arah melahirkan Insan Yang Kamil. Di sini, pembahagian tugas guru telah diperhalusi dan diagihkan mengikut aspek kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid bagi melancarkan gerak kerja program bagi setiap bidang untuk sesi persekolahan tahun 2012. Di akhir ucapan, puan pengetua mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan peperiksaan PMR yang menyaksikan seramai 59 orang pelajar mendapat keputusan semua A bagi setiap mata pelajaran. Di samping itu beliau juga melahirkan harapan agar peningkatan prestasi daripada semua aspek dapat dilakukan secara bersama untuk menghasilkan para pelajar yang tinggi ilmu dan amalannya, sahsiah yang unggul seterusnya meletakkan nama sekolah di tahap yang lebih tinggi daripada hari ini. |
|
Last Updated on Thursday, 05 January 2012 04:42 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 10 |